Saturday, 9 December 2017

#PRU14 : Antara Popular dan Kerja Kuat Part 1

PRU 14 semakin hampir. Rakyat Malaysia akan menentukan hala tuju negara untuk 5 tahun lagi dengan memilih Parti Politik yang akan menguruskan pentadbiran negara. Rakyat Malaysia akan memilih wakil-wakil rakyat bagi mewakili suara mereka di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri.

Dengan berbaki tidak sampai setahun sahaja lagi, ramai ahli politi yang cuba mencari pengaruh dan sokongan pengundi. Ada wakil rakyat yang sentiasa ada di kawasan masing-masing tidak kurang juga ramai yang timbul setelah 4 tahun menghilangkan diri. Pengundi-pengundi seharusnya sudah masak dan mengenali mereka-mereka ini yang mampu membela dan mengambil berat nasib dan isu pengundi-pengundi mereka atau sekadar hadir untuk meraih simpati tetapi tidak mahu melaksanakan tanggungjawab mereka apabila masalah atau musibah yang menimpa.

Tidak dinafikan, Populariti memainkan peranan kepada menang kalah seseorang calon Pilihanraya. Namun begitu, pengundi seharusnya bijak memilih mereka yang mampu melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Bukan sekadar yang bijak memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan. Pengundi-pengundi seharusnya lebih bijak membuat penilaian setelah 4 tahun berlalu. Siapa wakil rakyat mereka dan bagaimana mereka bekerja. Sekiranya musibah menimpa, siapa yang terlebih dahulu hadir memberi bantuan. Pengundi perlu bijak mengasingkan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab wajib. Pihak kerajaan semestinya melaksanakan tanggungjawab wajib mereka dalam memastikan rakyat terbela manakala wakil rakyat pun perlu melaksanakan tanggungjawab wajib mereka kepada pengundi. Tanggungjawab sosial pula lebih kepada parti politik dan NGO yang sudi membantu pihak kerajaan atau wakil rakyat sesuatu kawasan. 

Kebelakangan ini, 2-3 tahun yang lalu, pihak Kerajaan dilihat membuat sesuatu dasar yang tidak popular namun jika dikaji secara dalam, dasar tersebut dapat menyelamatkan negara dan rakyat menghadapi krisis kewangan dunia dan mengatasi krisis berkenaan. Namun begitu, ada pihak yang menangguk di air keruh dan menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan dengan menimbulkan persepsi negatif sehingga menjadikan rakyat marah kepada dasar-dasar yang di bawa oleh pihak kerajaan.

Setiap tindakan yang di ambil oleh kerajaan dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi dan matawang dunia cuba di sabotaj oleh pihak-pihak yang bekepentingan. Percayalah, mereka ini adalah petualang yang tidak jujur dan tidak amanah kepada rakyat Malaysia. Apa yang mereka inginkan ialah kuasa dan mereka tidak peduli sedikit pun kepada kebajikan rakyat Malaysia. Percaya atau tidak, ada di kalangan mereka yang berlakon seolah-olah cintakan negara ini dan melakukan semua ini kerana sayangkan negara dan dalam masa yang sama, mereka memegang atau paling tidak sudah cuba mendapatkan kerakyatan dari negara luar. 

Justeru itu, PRU ke 14 nanti pengundi perlu lebih bijak memilih mereka yang membantu dan bukan sekadar merka yang memilih untuk popular. Jika di bawa isu setempat, percaya dan yakinlah bahawa PEMBANGKANG TELAH GAGAL BERKHIDMAT KEPADA PENGUNDI mereka. 

Lihat dan perhatikan segala jenis bantuan dan ambil berat pengundi di laksanakan oleh siapa dan pihak mana. Jangan biarkan mereka ini mengambil kesempatan di atas sikap pengundi yang lebih suka kepada tindakan popular tetapi mudarat berbanding mereka yang kuat bekerja tetapi di tanam kebencian kepada mereka.

Sunday, 21 May 2017

Parti Bunga Bakal Karam??

Apabila kepentingan peribadi dan nafsu diletakkan paling atas,maka sedikit demi sedikit perkara-perkara dangkal akan terlihat. Selalunya akan terjadi perkara ini dalam politik. Sebagai contoh,Penubuhan Parti Baru politik Malaysia iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang kononnya di canang sebagai Parti Pembela Rakyat semakin goyah. Penubuhan Parti itu yang di anggotai pemimpin pemimpin besar di Dalam UMNO satu ketika dulu kini semakin di landa badai. Penubuhan parti berasaskan penipuan dan khianat akhirnya tidak mampu bertahan lama,Sudah pasti.

Kenapa penipu?? Kenapa khianat?? Kerana hampir sebilangan besar mereka adalah orang yang kecewa apabila keinginan dan kehendak tidak dipenuhi. Kecewa apabila jawatan atau kuasa semakin terhakis maka dengan gegak gempita nya mereka menuduh UMNO itu kotor dan jahat. Mereka menipu untuk mengekalkan kuasa mereka, mereka mengkhianati kepercayaan rakyat dan percayalah, akhirnya nanti mereka-mereka ini akan hidup di dalam cemuhan dan hinaan. 

Kenapa nanti?? Kerana kapal yang di layarkan dengan penipuan,pengkhianatan,fitnah dan tamak pasti akan karam. Dan tanda-tanda karamnya kapal itu telah mula kelihatan.


Malang bagi mereka yang sebelum ini tamak dan kecewa. Terdamparlah mereka kelemasan di dalam lautan nafsu mereka sendiri.

Tuesday, 16 May 2017

DANA Perniagaan : Tiada Dana atau Geran Dari UMNO

UMNO tidak tawar geran atau dana usahawan

UMNO tidak pernah menawarkan geran atau dana usahawan kepada peniaga kecil dan usahawan baharu.

Parti itu juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak tertentu sebagai ejen dana/ geran yang kononnya menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh tertentu.

Pihak terbabit menjalankan modus operandi dengan mendakwa kononnya UMNO  menawarkan dana/geran RM2 juta kepada syarikat SDN BHD dan RM400,000 kepada syarikat Enterprise.

Peniaga kecil atau usahawan baharu bagaimanapun perlu membayar sejumlah wang tertentu sebelum mendapat geran/dana terbabit.

Sehubungan itu, UMNO menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan merujuk kepada Ibu Pejabat parti jika didatangi individu atau kumpulan tertentu yang menawarkan geran/dana atas nama UMNO.

#Negaraku #Barisanprorakyat

Friday, 12 May 2017

BN : Kata Dikota Janji Dilaksana

Satu juta rakyat bakal miliki rumah sendiri. 

Sebanyak 723,000 unit Rumah Mampu Milik sedang dibina di seluruh negara bagi mencapai sasaran sejuta unit pada 2018.

Projek ini adalah agenda utama pembangunan kerajaan BN yang bertujuan supaya setiap rakyat memiliki rumah sendiri yang selesa dan berkualiti terutama golongan berpendapatan rendah.

#Negaraku #Barisanprorakyat