Saturday 16 March 2013

PKR Tempah Jentolak Seluruh Malaysia

Kepada pemilik-pemilik jentolak yang ada di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh la bersiap sedia... Sebab apa?? Sebab selepas PRU 13 nanti, Jika... Diulang sekali lagi JIKA Pembangkang menang PILIHANRAYA UMUM ke 13 mereka akan menyewa segala jentolak yang ada untuk mengotakan manifesto mereka iaitu Memberikan Tol Percuma...

Kegunaaan Jentolak ini ialah untuk meroboh dan membersihkan pintu tol sedia ada selepas pemansuhan tersebut.. Ini juga merupakan durian runtuh kepada semua pemilik jentolak yang ada di Malaysia... Selain itu juga, Pengguna Lebuhraya di Malaysia harap bersabar berikutan tiadanya Penyelenggaraan Tandas dan Medan Selera akibat daripada penghapusan Tol tersebut... Selain itu juga, Sebarang aduan berkenaan jalan yang berlubang atau kerosakan jalan tidak dapat di baiki dalam kadar segera akibat perkara ini.. Jadi kesabaran yang amat tinggi perlu untuk pengguna-pengguna lebuhraya.. Disamping itu, segala servis tundaan kereta yang bermasalah hanya boleh dilakukan oleh kereta tunda bengkel-bengkel sahaja... Jadi bayaran terus kepada bengkel-bengkel berkenaan haruslah dibuat...

Ini juga merupakan durian runtuh kepada pemandu-pemandu trak tunda swasta dimana mereka boleh mengenakan caj di luar kawalan kerana ketiadaan harga siling bagi khidmat trak tunda...

Jadi, semasa Pilihanraya Umum Ke 13 ini buatlah pilihan yang tepat (UNDILAH BARISAN NASIONAL) untuk memastikan tuan-tuan dan puan-puan tidak mendapat Bala jika Pembangkang menjadi Kerajaan...

Segala Kesulitan amat dikesali....

Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment