Sunday 31 March 2013

PRU 13 : Jadikan Jepun Sebagai Contoh

Menjelang Pilihanraya Umum Ke 13, Pensyarah Kelahiran Malaysia yang kini telah menetap selama 20 tahun di Jepun dan mengajar di Shobi University, Prof Madya Chong Fatt Seng melahirkan pendapatnya kepada pengundi di Malaysia tentang cara memilih Kerajaan.. Beliau manyarankan agar Pengundi-pengundi melihat sejarah Politik di Jepun sebagai satu perbandingan dimana pada tahun 2009 Parti DPJ iaitu Parti Demokratik Jepun telah menjanjikan Pendidikan percuma,lebuh raya tanpa tol dan penurunan harga petrol kepada pengundi dan menunjukkan cara yang akan digunakan untuk mendapatkan hasil.. Dan DPJ menang untuk Pilihanraya pada Tahun 2009... Mereka tidak dapat melaksanakan janji mereka kerana apa yang dijanjikan sebenarnya tidak relevan pada masa kini..

Rakyat Jepun Menyesali tempoh 3 tahun yang diberikan kepad DPJ dengan mengundi semula LDP iaitu Parti Demokratik Liberal, parti pemerintah sebelum itu.. 3 tahun tempoh yang diberikan kepada DPJ menjadikan Jepun terumbang ambing dan mengalami masalah ekonomi.. Bayangkan negara sebesar dan semaju Jepun juga menghadapi permasalahan apabila Rakyatnya cuba membuat eksperimen dengan menukar Kerajaan.. Tidak menjadi kesalahan untuk menukar Kerajaan, tetapi bairlah Kerajaan yang baru itu betul-betul mampu mengubah hidup rakyat menjadi lebih baik.. Eksperimen rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur kepada rakyat bagi menilai tempoh 5 tahun 4 buah negeri ditadbir oleh Pembangkang..

Bagi Pilihanraya Ke 13 ini, pengundi-pengundi perlu menilai pembaharuan dan juga pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pusat sedia ada berbanding kerajaan negeri yang diperintah pembangkang.. Jangan terpengaruh dengan ketelusan yang dilaungkan sedangkan berselindung disebalik topeng... Undi Barisan Nasional Anda Selamat... Undi Pembangkang Anda Kiamat...


Moh Kita Kelaut




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment