Sunday 31 March 2013

TERESA KOK : Antara Khayalan Dan Realiti !!!

Untuk menjadi Wakil Rakyat, seseorang itu haruslah menjadi kuat untuk melaksanakan tanggungjawab kepada pengundi yang memilih mereka sebagai wakil... Adakalanya masa yang diperuntukkan selama 24 jam mmg tidak mencukupi untuk kita melaksanakan amanah yang diberikan.. Sehinggakan masa bersama keluarga juga menjadi terhad.. Tetapi itulah yang perlu dikorbankan apabila kita menerima pencalonan untuk menjadi Wakil Rakyat... Tidak boleh bersungut atau mengeluh... Malangnya,semasa Pilihanraya UMUM ke 12, ramai pengundi telah melakukan kesilapan membuat pilihan dengan mengundi melalui perasaan marah yang direka oleh golongan tamak kuasa... Kebanyakan pengundi termakan fitnah dan cerita bohong segolongan Pemimpin yang inginkan nama dan kuasa... Maka terjadilah malapetaka kepada pengundi apabila Wakil Rakyat yang mereka pilih tidak langsung menjenguk kawasan dan hanya menghantar wakil yang entahkan bekerja kerana tanggungjawab atau sekadar melepaskan batuk di tangga.. Bekerja kerana habuan dan bukannya amanah yang harus dipikul...

Kebanyakan Wakil Rakyat Pembangkang bertanding di Dua Kerusi, Satu Kerusi Parlimen dan Satu Kerusi DUN.. Kebiasaannya,mereka akan mempunyai masalah kerana kedua-dua kerusi ini terletak jauh diantara satu sama lain.. Kerana Ketamakan ini juga menjadikan mereka sangat sibuk sehingga tidak dapat memberikan komitmen kepada kawasan yang mereka Wakili.. Disamping kesibukan mereka berkempen dan berceramah sehingga ketiadaan masa untuk mendengar keluhan dan masalah penduduk yang mereka wakili.. Di Parlimen Seputeh, Wakil Rakyat mereka iaitu Teresa Kok lebih cenderung kepada kempen dan siri ceramah berbanding menyelesaikan masalah rakyat sehingga Parti Terbesar Bangsa Cina iaitu MCA terpaksa mengambil inisiatif untuk membuka kaunter aduan rakyat.. Kaunter tersebut berperanan mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat sekitar Parlimen Seputeh.. Di Parlimen Seputeh, Pengundi Berbangsa Cina merupakan Pengundi teramai di sana... Selepas sering mendengar rungutan oleh kebanyakan pengundi, Nicole Wong Siaw Ting mengambil inisiatif membuka kaunter aduan.. Beliau merupakan Pegawai Khas Kepada Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seputeh... Lebih dikenali sebagai Amoi Kopitiam, Nicole Wong bergerak dikedai-kedai kopi dengan membuka kaunter supaya masyarakat dan pengundi mudah untuk mengutarakan masalah mereka... Bukan seperti Teresa Kok, Ibarat Tong Kosong, melalak dan menyalak tetapi tiada maklum balas...

Inilah wakil rakyat yang harus dipilih untuk mewakili rakyat dan pengundi.. Yang sedia berkhidmat walaupun tanpa jawatan.. Komitmen yang diberikan melangkaui keprihatinan kepada rakyat... Barisan Nasional amat prihtatin kepada masalah rakyat tidak kira dimana sahaja di Malaysia... Undilah Barisan Nasional....


Moh Kita Kelaut


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment