Saturday 13 April 2013

PAS DAN ISLAMNYA


PAS sangat terkenal dengan perjuangan Islamnya... Tak dinafikan lagi... dari dulu lagi... tapi akhir-akhir ini, perjuangan PAS nampaknya sedikit demi sedikit nampaknya terhakis daripada perjuangan itu... Bermula dari bergabung dengan dua parti pembangkang yang terbesar di Malaysia iaitu DAP dan PKR, pada dah mula lari dari perhuangan asal nya iaitu NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN... Kalau dulu PAS selalu Menghina dan mengutuk UMNO yang bergabung dengan MCA dan MIC dan mengatakan perjuangan UMNO bukan untuk ISLAM, Kini PAS pula telah bersubahat dengan Parti Rasis DAP yang menentang perjuangan Negara ISLAM... DAP bermati-matian tidak mahukan negara ISLAM dan PAS dilihat tunduk atas deskan itu... 

Perbezaan diantara Barisan Nasional yang dianggotai oleh 3 Parti Kaum Utama Di Malaysia dengan Gabungan Parti Pembangkang ialah, kesepakatan yang ada di dalam Barisan Nasional tidak boleh dipertikaikan semenjak dari Pilihanraya yang pertama lagi... Dengan menggunakan nama Parti Perikatan sehingga bertukar ke Barisan Nasional, kesefahaman itu telah lama bertapak sehingga ke hari ini dan semakin kuat.... berbanding dengan Gabungan Pembangkang yang menyaksikan daripada Barisan Alternatif sehingga Ke Pakatan Rakyat, kesefahaman dan kesepakatan itu tidak wujud di dalam gabungan tersebut... Mereka masih lagi bergaduh sesama sendiri untuk menentukan calon bagi menghadapi Pilihanray dan sukar untuk memuktamadkan keputusan... Orang ramai dapat menilai, Gabungan ini bukan untuk membela rakyat dalam erti kata sebenar, sebaliknya gabungan ini hanyalah untuk merealisasikan cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sementelah dia di PECAT dari Jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.... Jika dia tidak dipecat, sudah semestinya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak akan menjadi Perdana Menteri seterusnya PAS dan DAP tidak akan bergabung..... Gabungan ini juga dilihat untuk menjadikan cita-cita PAS dan DAP menakluk kerajaan pusat berjaya....

Maka, perjuangan sebenar PAS kini sebenarnya sudah tidak sama dengan dahulu... Ketamakan kuasa dan keinginan individu menjadi paksi perjuangan mereka... PAS bukan lagi dilandasan yang benar tetapi sudah jauh terpesong... Ramai pengikut dan juga ahli PAS menyedari hal ini tetapi mendiamkan diri demi memenuhi keinginan Individu bergelar ANWAR IBRAHIM... Asalkan mereka mampu menjadi kerajaan, Agenda Perjuangan ISLAM sudah tiada erti lagi... Apa pun yang ingin dilakukan oleh PAS tidak lagi menjadi keutamaan tetapi hasil yang mereka bawa dengan menyesatkan ORANG ISLAM seharusnya dibendung... jangan jadikan Islam sebagai Topeng perjuangan dengan membawa orang lain ke NERAKA...


Moh Kita Kelaut


No comments:

Post a Comment