Wednesday 18 September 2013

CHIN PENG : Antara HERO vs PENGKHIANAT

Heboh semasa rakyat Malaysia sibuk menyambut Hari Malaysia, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng Meninggal Dunia akibat sakit tua di Thailand. Berbagai teori dan anggapan serta persepsi kemudiannya timbul berkaitan dengan kematian mendiang. Ada segelintir rakyat Malaysia yang gembira, sedih dan macam-macam lagi perasaan. Sejarah penubuhan Malaysia tertulis tentang pemberontakan komunis yang diketuai oleh Mendiang.

Saya bukan seorang penulis, pembaca jauh sekali seorang Sejarahwan. Dan saya juga tidak dilahirkan atau dibesarkan di zaman Pemberontakan Komunis. Saya merupakan generasi Y yang dibesarkan dengan teknologi serta gajet. Sama seperti kebanyakan anak muda sekarang. Maklumat yang ingin diperolehi hanya di hujung jari. Cuma bezanya saya dengan golongan sebaya, saya banyak menghabiskan masa saya bersama arwah datuk dan opah saya. Mereka dilahirkan sebelum merdeka dan melalui pelbagai zaman penjajahan. Hari-hari tua mereka banyak dihabiskan dengan bercerita betapa perlunya saya bersyukur dan mempertahankan apa yang dimiliki sekarang. Sehingga Lahat ke hari-hari terakhir arwah datuk saya, masih lagi bercerita tentang derita mereka semasa penjajahan dan pemberontakan. Datuk saya pernah menjadi Special Cop di kawasan estet dan pernah ditembak. Dua butir peluru menembusi bahagian kakinya dan arwah menanggung kesan it sejngga akhir hayatnya. Arwah juga ada bercerita tentang kawan-kawannya yang gugur dan cedera parah semasa zaman pemberontakan komunis.

Opah saya pula selalu bercerita tentang kehidupan pada masa itu. Susah nak keluar, susah nak dapatkan bekalan makanan, susah nak itu ini. Selepas zaman pemerintahan Jepun, rata-rata rakyat Tanah Melayu menyangkakan negara telah aman tetapi meleset akibat pemberontakan komunis yang awalnya ingin menghalau Jepun dari Tanah Melayu. Orang Melayu pada ketika itu tetap hidup di dalam ketakutan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah pada ketika pemberontakan komunis, kehidupan rakyat lebih sukar dari zaman penjajahan Jepun. 

Saya dapat menyelami perasaan mereka apabila air mata menitis mengenangkan kesukaran dan kesusahan hidup mereka pada zaman itu semasa mereka bercerita. Dan setiap kali ubi kayu dihidangkan untuk mium petang, dapat dirasakan betapa bernilainya makanan itu pada ketika zaman gelap Tanah Melayu. Sebagai seorang anak yang dilahirkan selepas era kemerdekaan, keperitan hidup zaman iti mmg jauh daribayangan hidup saya. Tetapi penceritaan dan  pengalaman datuk dan opah saya membuatkan saya seperti berada di zaman itu.

Tak dapat dibayangkan jika mereka mereka ini, yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman komunis dan penjajah mendapat tahu ada anak bangsa mereka yang mempertahankan manusia yang pernah menjadi duri dalam daging dan penjenayah perang kepada bangsa Malaysia khusunya kepada orang melayu. Jangankan jasadnya malah abunya pun jika dibawa kembali ke Malaysia boleh mengakibatkan trauma yang teramat sangat kepada mereka. Biarlah mendiang terus bersemadi disana, dimana dia telah memuktamadkan dirinya dahulu. Bilamana dia menolak pelan damai antara kerajaan dan PKM.

Janganlah mengangkat seseorang yang jelas kejam dan tidak berperikemanusiaan menindas masyarakat sebagai hero sedangkan mereka ini bukan memperjuangkan kemerdekaan tetapi idealogi yang membolehkan masyarakat berpecah belah. 56 Tahun hidup dalam kedamaiaan, 50 tahun hidup dalam perpaduan, untuk apa digadaikan kerana ketamakan kuasa.

Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku

Moh Kita Kelaut

No comments:

Post a Comment